Teras Solution Sdn Bhd @ Tesol adalah merupakan 100% syarikat bumiputra yang berpangkalan di Bandar Seri Putra Bangi. Syarikat ini di asaskan pada 28 Januari 2004 dan sehingga sekarang telah berkembang dan mempunyai pusat R&D sendiri di UPM-MTDC, Serdang dan juga Pusat Latihan yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
Dengan ibu pejabat yang terletak dikawasan yang strategik berhampiran Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan lembah Ilmu, ini memberikan kemudahan kepada pelanggan kami .
Kami di sini mempunyai kepakaran di dalam teknologi Sumber Terbuka "Open Source" dengan memfokuskan kepada 3 cabang utama IT :

"Kami mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal
dan khidmat perundingan bertaraf dunia kepada pelanggan kami"
Dengan bekerjasama rapat dengan rakan strategik dan rakan perniagaan tempatan/ antarabangsa, kami menawarkan penyelesaian Enterprise untuk korporat dan agensi kerajaan secara berkesan dan efektif.
|
|
Kami turut menyediakan perkhidmatan penyewaan Pusat Latihan TESOL. Terletak di lokasi strategi, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, Pusat Latihan TESOL yang boleh memuatkan 25 orang peserta dalam satu masa ini amat sesuai untuk kelas latihan, seminar, bengkel dan sebagainya. Dengan kelebihan dari segi lokasi, kemudahan dan kadar sewaan dengan harga kompetitif dan fleksibel. Pusat Latihan TESOL menawarkan perkhidmatan terbaik untuk anda dan peserta anda.

Perkhidmatan dan kemudahan termasuk:
Berdekatan dengan kemudahan penginapan: NIOSH (5 minit), Hotel Residence Uniten (10 minit), Hotel Equatorial (7 minit), IOI Resort (15 minit)
Sila hubungi kami untuk harga dan kekosongan tarikh tempahan.
Dengan pengalaman TESOL di dalam bidang IT selama 8 tahun, portfolio pengalaman mengetengahkan kepelbagaian projek yang dijalankan dan senarai klien-klien kami daripada pelbagai agensi sama ada Institusi Kerajaan, Swasta mahupun perseorangan.