Teras Solution Sdn Bhd @ Tesol adalah merupakan 100% syarikat bumiputra yang berpangkalan di Bandar Seri Putra Bangi. Syarikat ini di asaskan pada 28 Januari 2004 dan sehingga sekarang telah berkembang dan mempunyai pusat R&D sendiri di UPM-MTDC, Serdang dan juga Pusat Latihan yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
Dengan ibu pejabat yang terletak dikawasan yang strategik berhampiran Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan lembah Ilmu, ini memberikan kemudahan kepada pelanggan kami .
Kami di sini mempunyai kepakaran di dalam teknologi Sumber Terbuka "Open Source" dengan memfokuskan kepada 3 cabang utama IT :
- Pembangunan Penyelesaian berasaskan Web,
- Latihan untuk teknologi Open Source
- Pembangunan Multimedia : Video Korporat, Montaj, Iklan

Dengan pengalaman TESOL di dalam bidang IT selama 8 tahun, portfolio pengalaman mengetengahkan kepelbagaian projek yang dijalankan dan senarai klien-klien kami daripada pelbagai agensi sama ada Institusi Kerajaan, Swasta mahupun perseorangan.