NIEW: Pra-Latihan Pentadir Sistem untuk Pembangunan Web Portal NIEW
PDF Print E-mail

Pada 13 - 15 Mei 2009 bertempat di TESOL Training Centre, satu latihan Pra-Latihan Pentadir Sistem untuk Pembangunan Web Portal NIEW telah diadakan dan dihadiri oleh 2 warga NIEW dari bahagian Teknologi Maklumat iaitu Cik Rokiah dan Puan Rozita. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga NIEW yang akan bertindak sebagai pentadbir laman tentang kaedah pembangunan projek dan memberi pengetahuan dan kemahiran awal mengenai CMS yang bakal digunakan untuk membangunkan Laman Web Rasmi NIEW yang baru ini.

Latihan yang bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat pada 5.00 petang ini dipimpin oleh Puan Haryati. Dengan berakhirnya sesi pra-latihan ini, diharap para pelajar telah mendapat ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat untuk masa hadapan.

Last Updated ( Monday, 01 June 2009 10:47 )