|
Sebuah kursus Latihan Seni Grafik Komputer telah di adakan pada 20 hingga 22 Julai yang lalu bertempat Bilik Latihan Komputer JKSM, Aras 3 Blok D&, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.Kursus selama 3 hari itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.Peserta yang menghadiri kursus tersebut terdiri daripada kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya. Kursus yang di kendalikan oleh En Nik Alim Mizee dan di bantu oleh Mohd Rudzainy Abd Rahman ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Adobe Illustrator.Selain itu, kursus intensif selama 3 hari ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dalam penggunaan software dan juga menunjukkan kepada mereka bagaimana menngunakan program tersebut untuk kebaikkan mereka pada masa akan datang.Di akhir latihan tersebut,En Nik Alim berharap agar peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang advance dalam latihan tersebut agar digunakan mereka seperti cara-cara mengunakan 'symbol' dan 'path' serta bagaimana untuk mendapatkan efek-efek yang berbeza dan juga teknik di dalam Adobe Illustrator tersebut.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 29 July 2009 14:37 )
|